Ticket 00013
Siasatan dan pelan tindakan
Siasatan dan pelan tindakan
Kami menerima maklumbalas daripada Puan Sarina Mamat seperti berikut.
Kami juga telah memaklumkan Puan Sarina dalam portal Grab seperti berikut:
Rumusan daripada maklumbalas puan Sarina ialah:
1. " Nasi macam basi. "
2. " Macam semalam punya di hangatkan "
Pelan Tindakan kami:
Tindakan Pertama :
Hubungi kesemua pelanggan yang membeli makanan yang sama batch dengan pesanan puan Sarina dalam tempoh masa 2 jam sebelum dan selepas pesanan puan Sarina yang dibuat jam 5 petang.
Hasil daripada Tindakan Pertama :
3 daripada 8 pelanggan yang kami hubungi mengatakan makanan semuanya okay dan sedap. Lima pelanggan lagi masih belum membalas mesej kami.
Tindakan Kedua :
Semak operasi perniagaan pada hari tersebut dengan membuat siasatan dalaman kepada pekerja yang bertanggungjawab memasak, menyediakan dan membungkus makanan pada jam 3 petang hingga 7 petang.
Hasil daripada Tindakan Pertama :
Kami telah menemuramah dan menyiasat pekerja yang bertanggungjawab pada waktu tersebut dan tidak menemui apa-apa perkara yang dibuat lari daripada SOP ketat yang kami buat. Juga kami telah pastikan bahawa KESEMUA makanan yang disediakan dan dijual pada hari tersebut dibuat dan disediakan pada hari yang sama, dengan proses yang sama.
Tindakan Ketiga :
Sampling lebihan makanan pada hari tersebut.
Hasil Tindakan Ketiga:
Sejurus mendapat maklumbalas beliau kira-kira jam 9 malam, kami terus ambil lebihan makanan pada hari tersebut dan kami lakukan semakan kualiti.
Hasil semakan kualiti kami mendapati bahawa nasi masih elok dan tidak basi.
6pm 9/6/2024
Kami masih menunggu maklumbalas daripada 5 pelanggan pada hari tersebut.